Bayaran BKC dijangka selesai pada 10 September ~ Semak status & jumlah bayaran setiap kategori

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah sebahagian daripada inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Melaluinya, mereka dari golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 bakal menerima bantuan tunai dari RM100 sehingga RM1,300 mengikut kelayakan masing-masing.

Berikut adalah pecahan bantuan yang akan diterima oleh setiap kategori:

Tarikh Bayaran

Berkenaan dengan Fasa 1 pembayarabn BKC – ia telah pun dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak sejak 6 September lalu dan dijangka selesai pada 10 September.

Dalam masa sama, golongan miskin tegar dan B40 akan menerima pembayaran lebih awal dari M40 iaitu bermula pada 6 September, manakala, golongan B40 pula pada 9 September.

Dimaklumkan juga pembayaran BKC dilaksanakan secara berperingkat dan bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Semakan BKC

Semakan kelulusan BKC dan jumlah yang akan diterima boleh dibuat secara atas talian di laman rasmi BKC – DI SINI dengan tatacara berikut:

  • Masukkan Nombor MyKad
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

 

Info lengkap dan terperinci berkenaan BKC boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…