Bayaran BPR Fasa 3 sehingga RM1,400: Kategori penerima & kaedah pembayaran

Melalui Belanjawan 2021, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi merangsang ekonomi dan membantu rakyat yang berdepan dengan ancaman pandemik.

Antaranya termasuklah dengan pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40 dan M40. Buat masa ini, pembayaran BPR pada peringkat Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun disalurkan kepada mereka yang layak pada Februari dan Mei lalu.

Makanya, kini rakyat Malaysia hanya belum menerima BPR Fasa 3 yang dijangka akan dibayar pada bulan September depan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BPR Fasa 3: –

Kadar Bayaran

Untuk Fasa 3, kelayakan BPR masih sama seperti sebelumnya iaitu terbuka kepada mereka yang berpendapatan dari bawah RM2,500 hingga RM5,000.

Bagaimanapun, golongan bujang (59 tahun ke bawah) tidak akan menerima bayaran di Fasa 3, kerana mereka hanya layak untuk Fasa 1 dan 2 sahaja.

Kategori Penerima & Jumlah Bayaran

Isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021

 

Permohonan Baharu BPR 2021/Bukan Penerima Fasa 1

Kaedah Pembayaran

Untuk pembayaran BPR, ia akan dilaksanakan dengan dua cara iaitu:

  • Berjaya Kredit ke akaun
    • Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
  • Tunai di Kaunter BSN (Pembayaran akan dilakukan secara tunai):
    • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
    • Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

 

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di laman rasmi BPR – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…