STR Fasa 2

Bayaran Rasmi STR Fasa 2 telah diumumkan: Ini kadar yang akan diterima oleh bujang & isi rumah

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah penambahbaikan Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

STR Fasa 2

Seperti mana yang semua telah maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun selesai pada bulan Januari lepas dengan jumlah sebanyak RM300 untuk isi rumah dan RM100 bagi penerima bujang.

Untuk fasa seterusnya ini, rakyat Malaysia akan menerima pembayaran STR Fasa 2 dengan kadar yang ditetapkan berdasarkan ketegori dan jumlah tanggungan anak.

Berikut adalaj jumlah rasmi bayaran STR Fasa 2:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

 

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

 

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM100

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023.

Kaedah pembayaran pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu secara kredut terus ke akaun bank penerima atau secara penebusan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023 pula boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…