Bayaran RM500 BKP tak masuk? Ini cara-cara pembayarannya kepada yang layak

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah pun mula dibayar kepada yang layak pada 26 Oktober 2021.

BKP pada asasnya adalah sebuah bantuan tunai sebanyak RM500 yang disediakan oleh pihak kerajaan secara ‘one-off’ dan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

BKP juga tidak melibatkan sebarang permohonan kerana kategori penerima yang layak telah ditetapkan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berikut adalah kriteria kelulusan BKP:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020;
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Cara Pembayaran BKP

Pembayaran BKP yang bermula pada 26 Oktober 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat dan pemakluman pembayaran BKP juga akan disampaikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Kaedah pembayaran BKP juga akan dibuat dengan dua cara iaitu:

  1. Pengkreditan ke akaun bank: Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  2. Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

 

Oleh itu, penerima boleh membuat semakan status kelulusan dan cara pembayaran BKP masing-masing secara atas talian (online) di portal rasmi BKP – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan ketika membuat semakan.

Info terperinci dan lengkap mengenai BKP juga boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…