Bayaran RM600

Bayaran RM600 untuk B40 telah mula dikreditkan secara berperingkat: Tidak perlu memohon

Pada ketika ini, rakyat Malaysia dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu berpendapatan rendah (B40), berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).

B40 merujuk kepada 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Pendapatan bulanan isi rumah dalam kumpulan ini biasanya di bawah RM4,850. Kumpulan ini sering menjadi sasaran pelbagai bentuk bantuan kerajaan, seperti subsidi, bantuan tunai, dan program kebajikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

M40 pula merujuk kepada 40% isi rumah yang berada di pertengahan. Pendapatan bulanan isi rumah dalam kumpulan ini biasanya berada dalam lingkungan RM4,851 hingga RM10,970. Walaupun mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada B40, kumpulan M40 juga sering menerima manfaat dari program kerajaan, terutamanya yang berkaitan dengan pengurangan cukai atau kos sara hidup.

Manakala, T20 adalah 20% isi rumah dengan pendapatan tertinggi di Malaysia. Pendapatan bulanan isi rumah bagi kumpulan ini adalah lebih daripada RM10,971. Kumpulan T20 biasanya mempunyai gaya hidup yang lebih selesa dan berkemampuan, dan jarang terlibat dalam program bantuan kerajaan kerana pendapatan mereka yang lebih tinggi.

Pengelasan ini penting dalam memahami dan merangka dasar ekonomi, sosial, dan kebajikan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di setiap lapisan masyarakat.

Oleh kerana golongan B40 tergolong sebagai mereka yang perlu dibantu, maka pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah…

Sumbangan Asas Rahmah (Bayaran RM600 dan RM1,200)

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat khusus. Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 700 ribu penerima dengan peruntukan sebanyak RM700 juta.

Melaluinya, penerima yang layak boleh menerima RM1,200 (bagi isi rumah dan warga emas) dan RM600 (bujang). Cumanya, bantuan ini akan dikreditkan ke MyKad penerima dan ia kemudiannya bolehb digunakan untuk membeli barang keperluan asas terpilih secara tanpa tunai.

Sebelum itu, berikut adalah maklumat syarat-syarat khusus kelayakan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pembayaran SARA

Pembayaran SARA dikreditkan ke MyKad penerima setiap bulan dengan kadar RM100 (bagi penerima RM1,200) atau RM50 (bagi penerima RM600). Barangan keperluan asas yang boleh dibeli pula merangkumi beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di kedai/pasaraya terlibat di seluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara pembelian boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Akan tetapi, penerima SARA melalui MyKad hanya terhad untuk penduduk di Semenanjung sahaja. Ini kerana, penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan menerima bantuan ini dengan cara pembayaran seperti mana STR:

  • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank

 

Tarikh bayaran pertama adalah mulai 19 Februari 2024 dan bayaran kedua mulai September 2024. Bagi maklumat lengkap berkenaan SARA, sila rujuk di Portal MyKasih (DI SINI) atau Portal STR (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “MEMBUGAR…
Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Tenaga sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah…
Senarai penerima RM800 yang mula dikreditkan bulan depan (November 2024)

Senarai penerima RM800 yang mula dikreditkan bulan depan (November 2024)

Bantuan-bantuan Kerajaan yang diperkenalkan di negara ini adalah merupakan salah satu usaha bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Dalam masa…