Bayaran sehingga RM500: Ini mereka yang layak menerima bayaran tambahan BKM

Dalam Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Matlamat bantuan ini adalah sebagai bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
      syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah bayaran

Jumlah bayaran BKM kepada yang layak adalah seperti berikut:

Bayaran Tambahan BKM

Akan tetapi, terdapat penerima isi rumah yang layak menerima bayaran tambahan BKM sebanyak RM300 dan RM500:

  • Tambahan RM500: Kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300: Kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

 

Kemaskini dan Permohonan Baru

Untuk makluman, kemaskini dan permohonan baru BKM boleh dibuat bermula pada 01 JANUARI SEHINGGA 31 JANUARI 2022, selama sebulan.

Ia boleh dibuat dengan secara atas talian (online) dengan kaedah berikut:

  1. Layari portal rasmi BKM – DI SINI.
  2. Klik pada butang ‘Permohonan Baru’ atau ‘Kemaskini’
  3. Isi maklumat seperti yang diminta oleh sistem.

 

Akan tetapi, sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 menunjukkan nama pemohon wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemaskini.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan perkara ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…