bayaran

Bayaran STR Fasa 1 RM100 – RM500 untuk isi rumah & bujang: Cara mohon & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah bantuan tunai daripada Kerajaan dan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024 dengan hikmah penyasaran semula subsidi, Kerajaan telaj menambah baik dan meningkatkan pemberian STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi pembayaran STR Fasa 1, berikut adalah senarai kategori penerima dan kadarnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Cara Memohon & Tarikh Pembayaran

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau melalui Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan telah pun diluluskan, mereka tidak perlu membuat permohonan baru. Tapi, sekiranya terdapat sebarang penukaran maklumat, kemaskini boleh dibuat di portal sama.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran STR Fasa 1, ia dijadual akan dilaksanakan pada bulan Februari 2024 nanti.

Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…