bayaran str

Bayaran STR Fasa 2 RM100 – RM650 telah dikreditkan ke akaun: Senarai penerima & cara semak

Bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya golongan B40 dan M40, pelbagai jenis bantuan serta inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.  Antaranya termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2024 tahun ini.

STR pada asasnya adalah sebuah bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Kadar pemberian STR juga telah ditambahbaik sesuai dengan hikmah penyasaran semula subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Bagi tahun ini, STR diberikan kepada kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Seperti yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat kepada yang layak pada bulan Januari lalu. Maka, kini tibalah masanya untuk pembayaran STR Fasa 2.

STR Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 2, ia akan diberikan kepada setiap kategori penerima tapi dengan kadar berbeza mengikut pendapatan dan tanggungan masing-masing. Ini adalah maklumatnya:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM150

Tarikh & Cara Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 2 akan mula dibuat secara berperingkat pada 03 April 2024 kepada setiap yang layak dan diluluskan permohonannya. Cara pembayaran pula seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun penerima.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – tuntutan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Untuk yang ingin membuat semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut: Log Masuk MySTR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran. Di sana nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Akaun Kredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank dan No Akaun Bank.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dimaklumkan juga bahawa permohonan STR kini dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023. Oleh itu, bagi mereka yang masih belum memohon, permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi STR.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap seterusnya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…