sumbangan tunai

Belanjawan 2023: Perdana Menteri umum jumlah bayaran baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah penambahbaikan Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Sumbangan Tunai Rakyat (STR)

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan Januari 2023 lalu.

Melalui STR Fas 1 – isi rumah menerima bantuan kewangan sebanyak RM300, manakala RM100 pula kepada golongan bujang yang layak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500, layak menerima sumbangan STR sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Dalam masa sama, sumbangan tambahan sebanyak RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100,” kata Perdana Menteri.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sumbangan e-Tunai

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga bersetuju menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belajawan 2023, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…