Beli rumah tanpa wang pendahuluan: Ini cara memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Dalam usaha membantu masyarakat memiliki rumah, pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) seperti mana kali pertama diumumkan dalam Belanjawan 2011.

Pada asasnya, skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:

Manfaat Skim Rumah Pertamaku

  • Membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat;
  • Membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan;
  • Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pembeli rumah pertama;
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri;
  • Pemohon individu atau bersama;
  • Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama;
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas;
  • Pembiayaan sehingga 110% (Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang mendapat isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000)

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia;
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000;
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan SRP boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  1. Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain;
  2. Semak kelayakan pemohon untuk pembiayaan rumah di bawah SRP;
  3. Sediakan dokumen sokongan pendapatan pemohon seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain;
  4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian (senarai bank – DI SINI).

 

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan SRP, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…