Berapa pendapatan sebenar untuk golongan B40, M40 & T20? Ini penjelasan & panduannya

Selalunya, ketika kita mendengar tentang perkembangan ekonomi dan bantuan-bantuan dari pihak kerajaan, tidak terlepas kita dari diberitahu mengenai golongan B40, M40 dan T20.

Akan tetapi, tidak dapat dinafikan masih ramai yang keliru dengan istilah-istilah ini dan tidak kurang juga yang tidak tahu makna disebaliknya. Oleh itu, berikut adalah penerangan ringkas berkenaan istilah-istilah tersebut: –

Pendapatan isi rumah

Pada asasnya, istilah B40, M40 dan T20 adalah merujuk kepada pendapatan isi rumah di Malaysia. Pendapatan isi rumah ini boleh ditakrifkan sebagai pendapatan yang biasa dan pasti diterima oleh semua ahli isi rumah daripada punca-punca pendapatan seperti gaji, bekerja sendiri, serta termasuklah harta dan pelaburan.

Makna disebalik B40, M40 & T20

Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – kategori ini adalah merujuk kepada:

  • B40 – Isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500 sehingga RM4,849 sebulan.
  • M40 – Isi rumah yang berpendapatan antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.
  • T20 – Isi rumah yang berpendapatan dari RM10,961 dan ke atas.

 

Tentang golongan bujang pula, kategori mereka boleh ditakrifkan seperti berikut (berdasarkan Soalan Lazim BPN 2.0 LHDNM):

  • B40 – Bujang yang berpendapatan bawah RM2,000
  • M40 – Bujang yang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000

Golongan M40 beralih ke B40

Bagaimanapun, DOSM baru-baru ini ada melaporkan bahawa sebanyak 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 telah beralih kepada kumpulan B40.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata – hal itu terjadi akibat hambatan pandemik terhadap keadaan ekonomi sehingga menyebabkan purata pendapatan isi rumah kasar bulanan merosot berbanding pada tahun sebelumnya.

“Penurunan ini disumbangkan oleh isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan atau pengurangan pendapatan, terutama mereka yang berstatus pekerja, bekerja sendiri dan lain-lain.

“Tambahan pula, pengurangan pendapatan ini bukan sahaja akibat daripada kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran,” jelasnya, petikan dari BH Online.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup telah menjadi antara topik yang paling banyak dibincangkan dalam kalangan rakyat…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…