Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kerajaan Persekutuan. Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023. Kadarnya juga telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Syarat-syarat Kelayakan
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
Pembayaran BMT
Pembayaran BMT dibuat secara secara berperingkat sebanyak empat fasa dengan kadat RM200 setiap fasa (kadar keseluruhan RM800). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024.
Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonan mereka.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.