Berumur 18 hingga 60 tahun: Ini cara memohon kewangan sehingga RM500,000 di bawah SPiM

Dalam usaha membantu para usahawan bagi memajukan lagi perniagaan mereka, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif.

Antaranya termasuklah melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM), yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama seperti Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai SPiM:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18 hingga 60 tahun;
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam bulan;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA;
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas);
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan SPiM adalah sehingga RM250,000 untuk perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian dan sehingga RM500,000 untuk Syarikat Sdn. Bhd. Tempoh pembiayaan adalah dari setahun sehingga 10 tahun.

Skop pembiayaan pula merangkumi:

  • Modal Pusingan;
  • Pembelian Mesin dan Peralatan;
  • Ubah suai Premis Perniagaan.

Jaminan atau Cagaran

Pembiayaan SPiM memerlukan jaminan seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon, atau cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon. Ia juga boleh kedua-duanya sekali.

Selain itu, jaminan dan cagaran SPIM turut boleh dalam bentuk Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan. Manakala, pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan SPiM boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA – DI SINI.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon sangat disarankan untuk membaca Soalan-soalan Lazim (FAQ) berkenaan cara memohon pembiayaan MARA secara atas talian – DI SINI (PDF).

Dalam masa sama, maklumat lanjut dan lengkap berkenaan SPiM boleh dirujuk di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…