Berumur bawah 60 tahun: Ini cara memohon sehingga RM20,000 di bawah Skim i-Bermusim Hijrah

Dalam usaha membantu para usahawan bagi memajukan lagi perniagaan mereka, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan skim.

Antaranya termasuklah melalui Skim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor yang menawarkan modal tambahan kewangan dari RM1,000 sehingga RM20,000 kepada individu yang memerlukan modal pusingan perniagaan.

Bezanya, pembiayaan ini diberikan kepada perniagaan jenis bermusim seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Selangor/bermastautin 5 tahun;
  • Mengundi dalam negeri Selangor;
  • Berumur 18 hingga 65 tahun;
  • Mempunyai premis perniagaan yang khusus;
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah;
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan;
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian;
  • Boleh menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah.

Syarat-syarat Pembiayaan

  • Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM20,000;
  • Caj perkhidmatan 1% sebulan;
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan);
  • Bayar balik secara mingguan/bulanan/ sekaligus (Tertaluk kepada perubahan semasa);
  • Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pembiayaan ini boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut bagi memudahkan proses permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • 2 Keping gambar berukuran pasport pemohon;
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT)/ salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan;
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon);
  • Gambar perniagaan;
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan Skim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…