Berumur dari 18 hingga 40 tahun: Ini cara memohon bantuan GAM sehingga RM20,000/seorang

Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperkenalkan Program Agropreneur Muda – bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang.

Objektif utama program bantuan ini adalah:

  • Menarik golongan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan;
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju;
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif;
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

Jenis-jenis Bantuan

  1. GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)
    • GAM adalah bantuan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000 per individu dan tidak perlu dibayar balik.
  2. PEMBIAYAAN
    • Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak 2% setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Projek Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu setahun. Had maksima Agensi Pembiayaan adalah:
      • TEKUN Nasional: Sehingga RM50,000 bagi setiap projek;
      • Agrobank: RM50,000 hingga RM200,000 bagi setiap projek;
  3. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL DAN KURSUS / LATIHAN TEKNIKAL SECARA INSENTIF
    • Khidmat nasihat teknikal, konsultasi dan latihan yang bersesuaian turut disediakan melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  • Boleh membaca, mengira dan menulis;
  • Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI;
  • Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal;
  • Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

 

Syarat tambahan Geran:

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan:

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran;
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.

Cara Memohon

Kepada mereka yang layak dan ingin membuat permohonan, ia boleh dibuat di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut: 

  • Borang Pendaftaran UAM (muat turun – DI SINI) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport;
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (muat turun panduan – DI SINI);
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  • Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan Program Agropreneur Muda, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan UiTM sesi April 2024: Gaji RM3,070 hingga RM20,592

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan UiTM sesi April 2024: Gaji RM3,070 hingga RM20,592

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong…
Bantuan RM700 secara automatik untuk rakyat Malaysia: Berikut cara membuat tuntutan

Bantuan RM700 secara automatik untuk rakyat Malaysia: Berikut cara membuat tuntutan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
RASMI: KWSP umum pelaksanaan Akaun Fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

RASMI: KWSP umum pelaksanaan Akaun Fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pengumuman terkini berkenaan penstrukturan semula akaun-akaun bagi setiap ahlinya. Dalam perkembangan itu, KWSP…