Biasiswa Tunku Abdul Rahman kini dibuka. Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma boleh memohon

Di antara biasiswa yang cukup popular di Malaysia adalah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik bagi melanjutkan pelajaran di universiti. Selain menampung yuran pengajian, biasiswa ini turut memberikan sokongan sara hidup kepada pelajar sepanjang pengajian di universiti. Secara lebih terperinci, BTAR merangkumi bantuan:

  1. Yuran universiti (IPTA dan IPTS)
  2. Elaun bulanan sara hidup
  3. Elaun tahunan (perkakasan dan buku)
  4. Elaun sekali sepanjang biasiswa:
    • Elaun Tesis
    • Elaun Komputer Riba
    • Elaun Penampilan Diri
    • Elaun penerbangan pergi dan balik dari Semenanjung dan Malaysia Timur (yang berkenaan)

 

Syarat kelayakan BTAR adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak lebih 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Merupakan lepasan STPM/Matrikulasi/Asas/Diploma atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi tempatan dan yang masih berbaki sekurangnya 2 tahun pengajian.
  4. Sekurangnya kepujian tinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

Keutamaan pula akan diberikan kepada pelajar yang:

  1. Mempunyai ketabahan dalam untuk mengatasi cabaran.
  2. Mempunyai potensi daya kepimpinan yang boleh dikembangkan.
  3. Menunjukkan prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
  4. Berasal daripada keluarga yang berpendapatan RM4,850 dan ke bawah.

 

Kesemua penerima biasiswa juga akan menjalani program kepimpinan selama dua tahun yang akan merangkumi bimbingan profesional, bengkel, kem dan dana pembangunan diri.

Cara memohon:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan biasiswa boleh dibuat di laman rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman (klik sini). Tarikh tutup permohonan adalah pada 11:59PM, 12 APRIL 2021. 

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…