bil air

Bil Air Percuma tahun 2024 untuk mereka berpendapatan bawah RM5,000: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan Bil Air Percuma yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bil Air Percuma tahun 2024

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor ada memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

Ia pada asasnya merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Dengannya, mereka yang layak akan menerima Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu sehingga 31 Disember 2024.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Cara Memohon

Permohonan SADE ini boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu secara atas talian (online) atau secara manual melalui borang permohonan. Bagi permohonan secara atas talian, ia boleh dilaksanakan di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Untuk borang permohonan pula, ia boleh dihantar ke alamat e-mel: [email protected] atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…