Bimbang rugi RM5 bilion, sawit tidak dituai: 32,000 pekerja asing mungkin akan dibawa masuk

Bimbang dengan risiko negara kerugian hampir RM5 bilion kerana buah sawit masak tidak dituai, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan kebenaran khas mengimport sekurangnya 32,000 pekerja asing ke negara ini.

Menterinya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata – tindakan itu perlu ketika ini bagi menampung kerja-kerja perladangan di ladang-ladang milik FGV Holdings Berhad (FGV) di seluruh negara.

Hal berikutan dengan ramai di kalangan pekerja asing dari Indonesia dalam sektor kelapa sawit telah pulang negara asal mereka sebelum pandemik Covid-19 dan kemudiannya tidak dapat masuk ke negara ini kerana sekatan sempadan.

Dalam masa sama, pihak kementerian masih komited untuk membebaskan negara dari terus bergantung kepada tenaga buruh asing, dan telah pun menawarkan pelbagai inisiatif bagi menarik minat rakyat tempatan memasuki sektor kerja perladangan.

“Buruh tempatan diberi pelbagai insentif seperti gaji antara RM1,500 ke RM2,000, pendidikan, kediaman percuma dan subsidi air.” – Khairuddin Aman Razali, petikan dari Utusan Malaysia.

Selain itu, pihaknya juga komited untuk memaksimumkan pengeluaran hasil sawit negara, memandangkan harga komoditi itu pada paras terbaik sejak kebelakangan ini.

Khairuddin juga optimis bahawa pendapatan hasil sawit negara pada tahun ini sebanyak RM75 bilion dan boleh menjangkau RM80 bilion sekiranya masalah buruh dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini, hasil sawit negara mencatatkan nilai sebanyak RM73 bilion pada 2020, iaitu lebih tinggi dari tahun 2019 pada angka RM63 bilion.

Sumber: Utusan Malaysia.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…