Tiga perkara asas yang semestinya ada bagi setiap manusia adalah tempat tinggal, makanan dan pakaian. Tetapi, di zaman yang penuh mencabar dan kenaikan kos sara hidup yang tinggi membuatkan tidak semua orang dapat menjalani kehidupan yang selesa. Malah, masih ada yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang usang.
Bagi menangani isu ini, kerajaan telah memperkenalkan program bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Keadah pelaksanaan dan ciri-ciri RMR adalah seperti berikut:
Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada reka bentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Reka bentuk rumah RMR yang disediakan:
REKA BENTUK 1 – Semenanjung Malaysia Keluasan 1,000 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
REKA BENTUK 2 – Semenanjung Malaysia Keluasan 1,000 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
REKA BENTUK 3 – Semenanjung Malaysia Keluasan 1,000 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
REKA BENTUK 4 – Pulau Di Semenanjung Keluasan 850 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
REKA BENTUK 5 – Sabah, Sarawak, W.p. Labuan Keluasan 750 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
REKA BENTUK 6 – – Jenis Bertiang Keluasan 900 Kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
*Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat
Cara memohon dan dokumen-dokumen sokongan
Tatacara permohonan adalah:
- Buka laman web: https://rmr.spnbonline.com.my/
- Klik Pendaftaran Baru dan isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
- Penerimaan Login ID dan kata laluan
- Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
- Isi maklumat ke dalam sistem
- Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
- Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua\
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
*Bagi Surat Pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang, ia perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua Kampung Pegawai Profesional Kelas A. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab Pemohon (sekiranya permohonan diluluskan):
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan
Bagi maklumat program secara lebih terperinci, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021