Biro Pengaduan Awam (BPA) buka kekosongan jawatan terkini ~ Gaji RM1,800, ada caruman KWSP

Seperti mana yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 –  kerajaan telah memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme yang akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula pada Januari 2021.

Oleh itu, kepada yang berkelayakan dan berminat – anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang dibuka di Biro Pengaduan Awam (BPA) di bawah pengambilan MySTEP 2021. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  • Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir
  • Gred: N29 (Kontrak)
  • Gaji: RM1,800.00 (termasuk KWSP dan PERKESO)

 

Penempatan

Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang, Tingkat 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC Pahang), Jalan Stadium, 25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon mestilah menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil STPM atau Diploma kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab untuk memproses aduan yang diterima bermula daripada proses pendaftaran / penerimaan aduan, penyiasatan aduan hingga ke proses penyelesaian / penutupan aduan. Di samping itu, merancang dan menguruskan urusan berkaitan hal ehwal pentadbiran dan kewangan di BPA Pahang.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan cara menghantar surat permohonan dan resume bergambar ke alamat e-mel: [email protected].

Pemohon juga wajib memastikan setiap butiran yang diberikan adalah tepat dan benar serta memohon jawatan yang menepati syarat kelayakan iklan jawatan. Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 17 JUN 2021 (Khamis).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…