BKC Fasa 2 dibayar pada bulan hadapan ~ Jumlah pembayaran & kategori yang terlibat

Pada bulan September lalu, pembayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan jumlah sehingga RM500 mengikut ketegori masing-masing.

BKC pada asasnya adalah sebuah program bantuan kewangan di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.

Bagaimanapun, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada yang layak berdasarkan semakan data sedia ada melalui:

  • Data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & eKasih
  • Permohonan BPR 2021
  • Percukaian (LHDNM)

 

Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

Berdasarkan maklumat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) – pembayaran BKC Fasa 2 akan melibatkan kategori Miskin Tegar.

Berikut adalah jumlah bayarannnya:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

 

Manakala untuk golongan B40, pembayaran BKC seterusnya adalah pada Fasa 3 iaitu pada bulan Disember 2021.

Semakan BKC

Pembayaran BKC akan dilaksanakan dengan beberapa cara iaitu:

  • Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
  • M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

 

Kepada yang ingin membuat mengetahui jumlah pembayaran BKC yang telah diluluskan, semakan boleh dibuat di laman rasmi BKC – DI SINI.

Anda hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan, mengesahkan Kata Kunci dan menyatakan kata laluan di ruang yang disediakan.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…