BKC Fasa 2 dibayar pada bulan ini: Tidak semua kategori penerima terlibat & ini jumlah bayarannnya

Seperti mana yang diumumkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah pun memperkenalkan Bantuan Khas C-19 (BKC).

Bagi Fasa 1, ia telah pun dibayar pada bulan September lalu dengan bayaran sehingga RM500. Kini untuk bulan November, telah tiba pula pembayaran untuk BKC Fasa 2. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKC Fasa 2: –

Kategori Penerima & Kadar Bayaran

Untuk BKC Fasa 2, ia tidak melibatkan semua kategori penerima – sebaliknya hanya melibatkan kategori Miskin Tegar dengan kadar bayaran:

  • Isi Rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

 

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran BKC Fasa 2, ia akan dibayar pada bulan November 2021.

Akan tetapi, sehingga kini (setakat ketika artikel ditulis) masih belum ada sebarang maklumat berkenaan tarikh pembayaran BKC Fasa 2. Dan ia akan dimaklumkan dari semasa – semasa.

Cara pembayaran pula akan dilaksanakan mengikut kategori penerima seperti berikut:

  • Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Semakan BKC

Untuk yang ingin mengetahui kadar BKC yang diterima, ia boleh disemak di portal rasmi BKC – DI SINI.

Caranya, pengguna hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan, menulis Kod CAPTCHA yang dinyatakan dan membuat semakan kelulusan, serta kadar bayaran BKC.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKC, ia juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…