BKC Fasa 2 mula dibayar hari ini ~ Penerima terlibat & jumlah bayaran bakal diterima

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ia diperkenalkan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran BKC Fasa 1 telah pun selesai disalurkan pada bulan September lalu, dan kini tibalah masanya untuk pembayaran seterusnya di Fasa 2.

Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2

Berkenaan dengan pembayaran BKC Fasa 2, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa ia akan mula disalurkan kepada yang layak bermula pada hari Khamis, 25 November 2021.

Pemberian ini nanti akan dimanfaatkan oleh 700,000 penerima yang layak sebagai bantuan kewangan kepada mereka.

Jumlah Bayaran & Kategori Penerima

Pembayaran BKC Fasa 2 hanya melibatkan satu kategori penerima iaitu Miskin Tegar sahaja. Berikut adalah jumlah bayaran yang bakal diterima:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara: RM300
  • Bujang: RM300

 

Pembayarannya pula nanti akan tetap sama seperti sebelumnya iaitu dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.

Manakala, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank – bayaran boleh diambil di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Semakan BKC

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status, ia boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.

Pengguna perlu mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruang yang disediakan bagi membuat semakan status kelulusan dan jumlah bayaran.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…