Seperti mana yang diumumkan di bawah Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas C-19 (BKC) yang diberikan secara tiga fasa.
Berkenaan dengan Fasa 1 dan 2, ia dibayar pada bulan September dan November 2021. Manakala, untuk Fasa 3 pula pada bulan hadapan iaitu Disember 2021.
Berbeza dengan Fasa 2 yang hanya melibatkan kategori penerima Miskin Tegar – BKC Fasa 3 akan melibatkan penerima dari golongan B40.
Kadar Bayaran
Pembayaran BKC Fasa 3 nanti akan melibatkan dua kategori penerima iaitu Miskin Tegar dan B40. Berikut adalah jumlah bayarannya:
- Miskin tegar isi rumah: RM300
- B40 isi rumah: RM300
Seperti mana pembayaran di fasa sebelumnya, ia akan dibuat secara kredit ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Punca – punca Tidak Lulus
Akan tetapi, dalam kes – kes tertentu terdapat mereka yang tidak diluluskan BKC atas beberapa faktor berdasarkan data BPR:
- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021;
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia;
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak;
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
- Bekerja / menetap di luar negara.
Semakan BKC
Semakan kelulusan dan jumlah pembayaran BKC, boleh dibuat secara atas talian di laman rasmi BKC – DI SINI.
Pengguna dikehendaki mengisi nombor Kad Pengenalan, mengesahkan Kata Kunci dan menyatakan kata laluan di ruang yang disediakan.
Maklumat lanjut, terperinci dan lengkap berkenaan BKC, boleh dirujuk – DI SINI.