BKC Fasa 3 akan dibayar pada bulan ini ~ Tidak semua kategori terlibat & ini jumlah bayarannya

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah sebuah program bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ia bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Pembayaran BKC Fasa 2, telah mula disalurkan kepada yang layak pada 25 November lalu. Oleh itu, menjelang Disember 2021 – tibalah masanya untuk pembayaran BKC Fasa 3 yang sekaligus merupakan pembayaran terakhir program bantuan kewangan itu.

Jumlah & Kategori Penerima BKC Fasa 3

Pembayaran BKC Fasa 3 akan melibatkan dua kategori penerima sahaja dengan kadar bayaran berikut:

  • Isi Rumah (Miskin): RM300
  • Isi Rumah (B40): RM300

 

Justeru, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan seperti yang dinyatakan di atas melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Akaun Bank: Pembayaran akan direditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • Tebus di BSN: Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran BKC boleh diambil di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

 

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKC Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021 seperti yang dijadualkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan BKC

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kelulusan dan jumlah bayaran keseluruhan BKC, semakan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKC – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan dan kata laluan masing-masing di ruang yang disediakan.

Penerangan dan maklumat lengkap berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…