BKC Fasa 3 mula dibayar hari ini (20 Disember): Ini jumlah bayaran & penerima yang terlibat

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah sebuah bantuan kewangan kerajaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia bagi mengurangkan beban mereka dalam mendepani keadaan sukar tahun ini.

Pada asasnya, BKC dibayar sebanyak tiga fasa iaitu pada bulan September, November dan Disember 2021. Fasa 1 dan 2 telah pun selesai disalurkan kepada setiap penerima yang layak. Maka, kini tibalah pembayaran Fasa 3 pada bulan Disember 2021.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyaatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – pembayaran BKC Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 20 Disember 2021 (Isnin) dengan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion.

Pembayaran itu juga akan memanfaat seramai 3.8 juta penerima, dengan jumlah keseluruhan BKC pada tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.

Jumlah Bayaran

Berkenaan dengan kategori penerima terlibat, BKC Fasa 3 akan disalurkan kepada Isi Rumah Miskin dan B40 dengan jumlah berikut:

  • Miskin (Isi Rumah): RM300
  • B40 (Isi Rumah): RM300

 

Oleh hal demikian, boleh dikatakan bahawa BKC Fasa 3 hanya melibatkan penerima Isi Rumah dari kategori Miskin dan B40, serta tidak melibatkan warga emas, bujang dan golongan M40.

Semakan BKC

Kepada yang ingin membuat semakan kelulusan dan jumlah penerimaan BKC, ia boleh dilaksanakan secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.

Dalam masa sama, pembayaran BKC Fasa 3 masih seperti pembayaran fasa-fasa sebelumnya iaitu melalui kaedah:

  • Kredit terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021; ATAU
  • Menebus BKC di cawangan – cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKC, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…