BKM Fasa 1 dibayar pada bulan ini: Berikut jumlah bayaran & cara-cara pembayarannya

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah pun diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

BKM pada asasnya adalah bantuan tunai lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

Jumlah Bayaran BKM

BKM diberikan kepada golongan B40 dan M40 berdasarkan tingkat pendapatan yang ditetapkan iaitu RM2,500 ke bawah serta bawah RM5,000. Ini adalah jumlah bayaran yang bakal diterima:

  1. Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 dan ke bawah):
    • RM1,000 – Belum mempunyai anak
    • RM1,500 – Mempunyai 1-2 orang anak
    • RM2,000 – Mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  2. Isi rumah (Pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000):
    • RM400 – Belum mempunyai anak
    • RM600 – Mempunyai 1-2 orang anak
    • RM800 – Mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  3. Warga Emas / Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 dan ke bawah):
    • RM600
  4. Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM350

Tarikh Pembayaran Fasa 1

Berkenaan dengan pembayaran BKM, ia akan dibuat sebanyak empat fasa setahun dengan melibatkan ketegori dan jumlah yang bakal diumumkan secara rasmi nanti.

Jadual pembayaran BKM adalah seperti di bawah:

  • Fasa 1 – Mac 2022
  • Fasa 2 – Jun 2022
  • Fasa 3 – September 2022
  • Fasa 4 – Disember 2022

Kaedah Pembayaran

Seperti mana BKC dan BPR pada 2021, pembayaran BKM juga akan dilaksanakan dengan kaedah sama:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpana Nasional (BSN).

 

Dalam masa sama, semakan permohonan BKM juga boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM. Tatacaranya adalah:

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
  • Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’.
  • Status BKM akan dinyatakan

 

Bagi pelbagai lagi maklumat lanjut dan tepat berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…