BKM Fasa 1 mula dibayar hari ini: Ini jumlah bayaran & cara membuat semakan kelulusan

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Mac lalu – pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan disalurkan kepada yang layak bermula pada 28 Mac 2022 (Isnin).

Namun begitu, pembayaran BKM Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 8 April 2022 bagi kaedah pembayaran yang dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Manakala, mereka yang tidak mempunyai akaun bank, BKM Fasa 1 boleh ditebus di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BKM Fasa 1: –

Jumlah Bayaran

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 
    • RM300 (0 bilangan anak)
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM100 (0 bilangan anak)
    • RM200 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 
    • RM300 (0 bilangan anak)
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM100 (0 bilangan anak)
    • RM200 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM200 (1-2 bilangan anak)
    • RM300 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan bawah RM2,500
    • RM200

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan bawah RM5,000
    • RM150

Cara Semak Kelulusan

Bagi yang telah mengemukakan permohonan BKM, semakan status kelulusan boleh mula dibuat pada 28 Mac ini melalui portal rasmi BKM – DI SINI. Tatacara seperti berikut:

  • Layari portal rasmi BKM
  • Klik ‘Log Masuk BKM’
  • Masukkan ‘ID Pengguna’
  • Buat pegesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan ‘Kata Laluan’
  • Klik ‘Log Masuk’
  • Klik butang ‘Semakan Status’

 

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BKM, sila rujuk di portal rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…