BKP ‘one-off’ RM500 tidak libatkan sebarang permohonan: Bulan mula bayar & penjelasannya

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dan antaranya termasuklah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

BKP pada asasnya adalah bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ diberikan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pendapatan akibat terkesan dengan hambatan pandemik.

Berikut adalah penerangan berkenaan bantuan ini: –

Kaedah Pelaksanaan

Dimaklumkan bahawa, BKP tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia akan diberikan kepada yang layak berdasarkan semakan data dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Makanya, mereka yang kehilangan pendapatan dan data mereka telah direkodkan oleh pihak KWSP atau PERKESO akan meberima BKP ini.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan PEMULIH – pembayaran BKP akan dilaksanakan pada bulan OKTOBER 2021.

Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah juga ada menyatakan hal sama pada September lalu:

Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak 500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.” – YB Shahar Abdullah.

Maklumat lanjut berkenaan BKP dan sebarang bantuan lain di bawah PEMULIH boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…