bkpkk

BKPKK RM3,600 setahun untuk rakyat Malaysia: Senarai penuh penerima & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah BKPKK yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan BKPKK

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau singkatannya BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan bantuan ini, mereka layak untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan untuk dua semester pengajian.

Oleh kerana, satu semester mengambil masa selama 6 bulan – maka jumlah keseluruhan untuk dua semester atau setahun adalah sebanyak RM3,600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Turut dimaklumkan – pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini untuk sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Maklumat lengkap tentang BKPKK – boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan ekonomi, dengan golongan B40 (40% terbawah) dan M40 (40% pertengahan) sering menjadi fokus dalam…
Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…