kemaskini

Boleh kemaskini & buat permohonan baru STR mulai hari ini: Jumlah bayaran untuk setiap penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah penambahbaikan Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Permohonan Baru & Kemaskini STR

Untuk makluman, pihak Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah pun membuka permohonan baru dan kemaskini STR bagi tahun 2023.

Kedua-dua urusan ini akan dibuka selama sebulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2023 secara atas talian (online) atau manual (borang).

Untuk secara atas talian, ia boleh dibuat di Portal Rasmi STR LHDN atau melalui Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

Manakala untuk manual pula, Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di boleh didapati di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Borang itu kemudiannya boleh dihantar  ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
atau penghantaran secara Pos ke alamat berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Jumlah Bayaran STR

Berdasarkan Ringkasan Belanjawan 2023 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran penuh STR mengikut pendapatan adalah seperti berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM1,000 (bilangan anak 0)
  • RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 (bilangan anak 0)
  • RM750 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas (Pendapatan RM5,000 & ke bawah)

  • RM600

Bujang 21 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM350

Bujang OKU 19 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM350

Maklumat lengkap berkenaan STR dan tatacara membuat permohonan baru serta kemaskini boleh dirujuk Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…