BPR Fasa 2 tidak diluluskan: Kerajaan akan buka permohonan rayuan & ini caranya

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula pada 7 Mei 2021 dan akan dibuat secara berperingkat membabitkan peruntukan sebanyak RM2.75 bilion.

Melalui inisiatif ini, ia akan memberikan manfaat kepada sekiatar 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang yang layak.

Bagaimanapun, menurut BPR 2021 (FAQ ) Bayaran Fasa Kedua yang diterbitkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ada dinyatakan bahawa tidak semua penerima BPR Fasa 1 akan menerima baki bayaran untuk Fasa 2.

Ini kerana, kelayakan pembayaran Fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Berikut adalah Kod Alasan yang dikatakan menjadi punca BPR Fasa 2 tidak diluluskan:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon/pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pengenalan anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
  • Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

 

Tempoh permohonan rayuan BRP Fasa 2

Disebabkan berlakunya kemungkinan akan ada penerima BPR Fasa 1 yang tidak menerima bayaran untuk Fasa 2, kerajaan akan membuka permohonan rayuan kepada yang ingin merayu. Tempoh itu bermula pada 15 Jun 2021 dan berakhir pada 30 Jun 2021.

Dengan pembukaan rayuan itu, pemohon akan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan bagi disemak semula oleh pihak LHDN.

Tatacara Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi BPR: https://bpr.hasil.gov.my
  • Klik ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan klik carian.
  • Lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti/tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

 

Kaedah pembayaran BPR Fasa 2 masih sama seperti yang sebelumnya iaitu dengan cara pembayaran ke akaun bank pemohon/pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021. Ataupun secara tunai yang perlu diambil di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…