BPR Fasa 3 & Rayuan mula dikreditkan pada 28 Sept 2021 ~ Semakan & jumlah bayaran

Kerajaan baru-baru ini telah pun mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 (BPR Fasa 3) dan Rayuan akan bermula pada 28 September 2021.

Pembayaran secara berperingkat ini dijangka selesai pada 30 September 2021 dengan peruntukkan sebanyak RM2.82 bilion dan memanfaatkan 3.6 juta penerima.

Jumlah Bayaran BPR Fasa 3

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – setiap penerima bakal memperoleh bayaran BPR Fasa 3 sehingga RM1,400, manakala penerima rayuan BPR pula akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sehingga RM500 bagi setiap penerima.

Akan tetapi, bagi BPR Fasa 3 – ia tidak akan melibatkan golongan bujang kerana mereka hanya layak di peringkat BPR Fasa 1 dan 2 sahaja.

Berikut adalah maklumat berkenaan jumlah bayaran BPR Fasa 3: –

Isi rumah penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Isi rumah penerima bagi Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa Pertama

Semakan BPR

Kepada yang layak atau telah membuat rayuan, semkan status BPR boleh dibut di portal rasmi BPR – KLIK SINI.

  • Pergi ke portal rasmi BPR
  • Klik pada menu ‘Log Masuk BPR
  • Isikan ruang yang disediakan dengan No Mykad / ID Pengguna serta Kata Laluan
  • Klik pada ‘Semakan Status’

 

Maklumat teperinci berkenaan pembayaran BPR juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…