Setelah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 dan 2 selesai, kini mereka yang layak hanya perlu menunggu pembayaran Fasa 3 yang dijangka pada bulan September ini.
Ia berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – bahawa pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan pada September 2021 (KLIK SINI untuk ucapan penuh).
Akan tetapi, pembayaran BPR Fasa 3 hanya melibatkan penerima isi rumah dan bukannya golongan bujang – kerana golongan berkenaan hanya layak untuk menerima BPR di Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja.
Kadar Bayaran
Terdapat dua jenis penerima yang akan menerima BPR Fasa 3 iaitu: –
Isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021:
Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa 1:
Kaedah Pembayaran
Pembayaran BPR akan dilaksanakan dengan dua cara iaitu:
- Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
- Secara tunai di Kaunter BSN bagi yang:
- Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
- Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.
Maklumat terperinci berkenaan BPR, boleh rujuk – DI SINI.