BPR Tambahan RM100 ~ RM500 hujung Jun ini: Kaedah pembayaran & cara semakan

Susulan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara sejak awal Jun lalu, kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi merangsang ekonomi dan membantu rakyat menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, yang antaranya termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) bagi meringankan beban mereka yang terkesan – khususnya dari golongan B40.

Melalui BPR Tambahan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan seperti berikut:

  • RM500 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • RM300 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000.
  • RM100 – Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • RM100 – Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

 

Pembayaran BPR Tambahan ini juga akan diberikan kepada semua penerima atau pemohon yang lulus permohonan BPR 2021. Oleh itu, ia tidak akan melibatkan sebarang permohonan baru.

Kaedah pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran Fasa 2 BPR 2021 iaitu sama ada melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di kaunter BSN.

Manakala, bagi mereka yang tidak lulus BPR 2021 – mereka tidak akan menerima bayaran BPR Tambahan ini dan disarankan untuk membuat rayuan yang dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (KLIK SINI untuk panduan permohonan rayuan).

Semakan BPR Tambahan

Semakan pembayaran BPR Tambahan boleh mula dibuat pada hujung Jun 2021 ini di Portal Rasmi BPR: https://bpr.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut berkenaan BPR Tambahan, boleh KLIK SINI untuk membaca penerangan dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…