Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebelum ini.
Malah, Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa usaha subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar layak. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Budi Madani. Berikut adalah maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan Budi Madani ini: –
Budi Madani RM200 sebulan
Program Budi Madani adalah usaha Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Berdasarkan Belanjawan 2024 yang telah diumumkan, ia adalah sebahagian komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Melalui Budi Madani, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Budi Madani terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:
- MySubsidi Diesel
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.
- BUDI Agri-Komoditi
- Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
- BUDI Individu
- Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Bagi BUDI Agri-Komuniti, ia adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komuniti adalah:
- Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
- Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.
Akan tetapi, pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi. Ini kerana, Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA.
Kerajaan juga akan terus meneliti kriteria kelayakan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi bagi memastikan bantuan disediakan bagi pekebun kecil yang terkesan secara langsung akibat kenaikan harga diesel.
BUDI Individu pula adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Ia juga khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Kriteria kelayakan bagi BUDI Individu adalah seperti di bawah:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
Car Memohon
Bagi permohonan BUDI Agri-Komuniti dan BUDI Individu, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Budi Madani. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun 2024 ini.
Untuk permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima pembayaran Budi Madani pertama mereka pada pertengahan bulan Jun 2024 dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.
Bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 pula,mereka akan menerima Budi Madani pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara pembayaran adalah secara kredit ke dalam akaun bank penerima setiap bulan. Untuk penerima tanpa akaun bank pula, mereka boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat lengkap, teliti dan permohonan boleh dirujuk di Portal Rasmi Budi Madani (DI SINI).