Bukan hanya isi rumah, bujang juga akan dapat BKM: Jumlah bayaran dari RM300 – RM2,500

Seperti yang dimaklumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan perancangan bagi belanjawan negara pada tahun hadapan.

Dengan berkonsepkan slogan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan-bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Ia termasuklah melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) khusus untuk golongan B40.

Kadar Bantuan

Bagi isi rumah B40 yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, jumlah BKM adalah:

  • RM2,000: Mempunyai lebih 3 orang anak
  • RM1,500: Mempunyai 1 hingga 2 orang anak
  • RM1,000: Tiada mempunyai anak

 

Bantuan tambahan juga diberikan lepada ibu dan bapa tunggal sebanyak RM500 yang berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Dalam masa sama, golongan Warga Emas dan Bujang juga akan menerima bantuan – rujuk infografik di bawah:

 

Cara Pelaksanaan

Berkenaan dengan kaedah pelaksanaan, BKM berkemungkinan besar akan mengikuti kaedah pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari segi data dan cara pembayarannya.

Perkara ini nanti akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat terperinci berkenaan BKM dan Bajet 2022, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…