Bukan lagi RM350, tapi kini Bantuan Warga Emas RM500 setiap bulan. Ini cara memohon

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini ada memperkenalkan program Bantuan Orang Tua (BOT) yang berupa bantuan kewangan bulanan sebanyak RM350 kepada warga emas yang layak. Bagaimanapun, pada Belanjawan 2021 – kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan itu kepada RM500 setiap bulan.

Ini bermakna, bermula pada tahun ini, penerima BOT akan menerima RM500 iaitu dengan peningkat sebanyak RM150 dari yang sebelumya Diharapkan dengan kenaikan nilai bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang memerlukan.

Warga emas tetap dibantu. Gambar: Utusan Borneo.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    • institusi kendalian JKM; atau
    • pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma;
  5. Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara permohonan bantuan:

Wakil atau pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web e-bantuan JKM dan dalam masa 14 hari, pemohon dikehendaki pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran bagi mengesahkan permohonan.

Pemohon juga disarankan untuk membawa bersama beberapa dokumen sokongan seperti:

  1. Kad pengenalan
  2. Salinan kad pengenalan ahli keluarga (yang tinggal bersama)
  3. Salinan penyata gaji (jika ada)
  4. Gambar berukuran pasport
  5. Dokumen sokongan lain (jika ada)

 

Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan lanjut, pemohon atau wakil boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan masing-masing atau melawat laman web jabatan berkenaan – di sini.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…