Bukan setakat naikkan gaji minimum, New Zealand juga buat benda ni terhadap golongan kaya

Baru-baru ini, New Zealand telah menaikkan gaji minimum untuk pekerja di negara itu kepada $20 (RM58) sejam, iaitu peningkatan sebanyak $1.14 per jam. Peningkatan berkenaan dijangka akan melibatkan kira-kira 175,500 orang pekerja, sekaligus akan menyumbang sekurangnya $216 juta peningkatan ekonomi kepada negara Komenwel berkenaan.

Menurut Menteri Perhubungan dan Keselamatan di Tempat Kerja New Zealand, Michael Wood – peningkatan gaji itu akan menyumbang kepada ekonomi ekoran perberbelanjaan lebih di kalangan rakyat kepada perniagaan tempatan. Katanya lagi, ramai rakyat itu berdepan dengan ujian getir akibat hambatan pandemik dan mereka sememangnya wajar mendapat kenaikan gaji tersebut.

Lebih menarik, selain menaikkan gaji minimum – New Zealand juga bertindak menaikkan kadar cukai kepada golongan kaya di negara itu sebanyak 39 peratus. Kenaikan ini akan melibatkan mereka yang berpendapatan lebih $180,000 setahun dan dijangka akan menambah pendapatan kerajaan sebanyak $550 juta pada tahun ini.

Dalam masa sama, kerajaan turut meningkatkan elaun pelajar, selain deposit untuk pembelian rumah buat kali pertama diturunkan dari 20 peratus kepada hanya 5 peratus kos hartanah.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebelum ini telah mengambil inisatif pengurangkan gajinnya sebanyak 20 peratus pada April 2020 sebagai solidariti kepada mereka yang berdepan dengan kesukaran kewangan akibat kesan ekonomi dari pandemik yang melanda.

Sementara itu, dapatan data dari OECD menunjukkan gaji minimum di New Zealand adalah di antara lima yang tertinggi di dunia. Bagaimanapun, tindakan meningkatkan gaji minimum masih dirasakan perlu bagi menghadapi isu pekerjaan yang cukup terkesan sejak kemunculan Covid-19.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…