Bulan terakhir pembayaran, ini penjelasan bantuan RM300 yang dikreditkan melalui MyKad

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai PRIHATIN Kasih.

Bantuan dengan kerjasama Yayasan MyKasih ini bertujuan bagi meringankan kos sara hidup golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Kaedah Pelaksanaan

PRIHATIN Kasih akan melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM300 untuk setiap penerima yang layak. Bantuan itu akan disalurkan melalui MyKad penerima dengan nilai RM100 sebulan selama tiga bulan (jumlah keseluruhan RM300).

Dengan menggunakan MyKad yang telah dikreditkan sejumlah wang, penerima boleh menggunakannya bagi membeli barang makanan penting secara ‘tanpa tunai’ di premis-premis terlibat (untuk senarai premis KLIK SINI).

Syarat-syarat Kelayakan

Dimaklumkan bahawa, PRIHATIN Kasih tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerimanya telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Penerima yang telah dikenalpasti kemudiannya akan menerima SMS daripada pihak MyKasih mengenai status mereka, bersama dengan tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Pembayaran PRIHATIN Kasih

Pembayaran PRIHATIN Kasih dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan tempat tinggal penerima. Oleh itu, bagi penerima dari Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu – penyaluran bantuan telah pun selesai pada bulan September dan Oktober lalu.

Manakala, bagi mereka yang beralamat di Sabah, Sarawak, Labuan, Negeri Sembilan, Pahang dan Putrajaya – pembayaran PRIHATIN KASIH akan disalurkan sehingga Disember 2021.

Semakan PRIHATIN Kasih

Tempoh sah penggunaan bantuan yang disalurkan untuk membeli barang makanan adalah sehingga 31 Disember 2021. Manakala, sebarang baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program (31 Disember 2021) akan luput secara automatik dari akaun penerima.

Semakan status juga boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Namun seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, bantuan ini tidak melibatkan permohonan kerana para penerimanya telah pun dipilih dan dikenal pasti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…