Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP ialah sebuah institusi yang menyediakan simpanan untuk persaraan pekerja sektor swasta dan pekerja bukan berpencen sektor awam.
KWSP berfungsi sebagai akaun simpanan wajib di mana majikan dan pekerja menyumbang sebahagian daripada gaji bulanan pekerja ke dalam akaun KWSP mereka. Dana ini boleh digunakan oleh pekerja apabila mencapai umur persaraan, atau dalam situasi tertentu seperti pembelian rumah, pendidikan, atau jika berlaku kecemasan kesihatan.
Pada asasnya, KWSP bertujuan untuk membantu pekerja menabung untuk persaraan agar mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas berhenti kerja.
Akan tetapi, pihak KWSP telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun ahli dengan nama: Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).
Dalam situasi tertentu, terdapat juga perkara-perkara tertentu yang membolehkan ahli membuat pengeluaran semua simpanan mereka dalam Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP. Ini adalah maklumatnya:-
Pengeluaran semua simpanan KWSP dalam Akaun 1 dan Akaun 2
Pengeluaran Umur 55 Tahun
Apabila ahli mencapai umur 55 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran penuh daripada Akaun 1 dan Akaun 2. Ia dikenali sebagai Pengeluaran Umur 55 Tahun.
Ahli juga boleh membuat mengeluarkan semua simpanan mereka sekaligus atau secara berperingkat mengikut kehendak masing-masing. Selepas umur 55 tahun, akaun KWSP ahli akan berubah kepada Akaun 55, dan mereka boleh terus menyimpan jika masih bekerja.
Pengeluaran Umur 60 Tahun
Jika ahli mencapai usia 60 tahun, mereka boleh mengeluarkan kesemua simpanan mereka daripada KWSP. Ia dikenali sebagai Pengeluaran Umur 60 Tahun dan pada usia ini, ahli dianggap telah mencapai umur persaraan penuh dan boleh mengeluarkan kesemua baki simpanan mereka.
Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini khusus kepada ahli yang mengalami hilang upaya kekal, sama ada fizikal atau mental, yang menyebabkan mereka tidak dapat bekerja lagi.
Mereka boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2. Pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan diperlukan untuk membuktikan hilang upaya kekal. Pengeluaran ini bertujuan untuk membantu ahli yang tidak lagi mempunyai kemampuan untuk bekerja.
Pengeluaran Kematian
Pengeluaran ini pula dilakukan apabila ahli meninggal dunia. Oleh itu, waris atau penama yang didaftarkan boleh mengeluarkan semua simpanan ahli dalam Akaun 1 dan Akaun 2. Hal ini bertujuan untuk membantu waris menguruskan kewangan selepas kehilangan ahli.
Pengeluaran untuk Meninggalkan Negara Secara Kekal
Ahli KWSP yang bukan warganegara Malaysia atau warganegara Malaysia yang ingin meninggalkan Malaysia secara kekal boleh mengeluaran semua simpanan mereka. Mereka perlu mengemukakan bukti seperti pasport atau dokumen imigresen untuk menunjukkan niat berpindah ke negara lain.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara memohon pengeluaran KWSP
Untuk membuat permohonan pengeluaran penuh simpanan KWSP, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti. Ahli boleh memilih untuk memohon secara atas talian (onlime) melalui i-Akaun KWSP atau melakukannya secara manual di cawangan KWSP. Berikut adalah panduan terperinci bagi kedua-dua kaedah:
Permohonan Pengeluaran Secara Online (Melalui i-Akaun KWSP)
- Langkah 1: Daftar i-Akaun KWSP
- Jika belum ada i-Akaun, pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang KWSP
- Langkah 2: Log Masuk ke i-Akaun
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk ke akaun.
- Langkah 3: Pilih Menu Pengeluaran
- Setelah log masuk, pilih menu Pengeluaran dan pilih jenis pengeluaran yang ingin dibuat, seperti Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Pengeluaran Hilang Upaya.
- Langkah 4: Isi Maklumat dan Muat Naik Dokumen
- Ahli perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk pengeluaran dan memuat naik dokumen sokongan yang relevan, seperti kad pengenalan, sijil perubatan (untuk hilang upaya), atau dokumen imigresen (untuk meninggalkan negara).
- Langkah 5: Semak dan Hantar Permohonan
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap. Selepas semakan, hantar permohonan untuk diproses.
- Langkah 6: Semakan Status Permohonan
- Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun. Apabila diluluskan, KWSP akan mengkreditkan jumlah yang layak dikeluarkan ke dalam akaun bank ahli.
Untuk membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara manual, ahli perlu mematuhi beberapa langkah yang mudah iaitu langkah pertama sebelum pergi ke cawangan KWSP adalah menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Setelah semua dokumen sokongan lengkap, ahli seterusnya perlu mengisi borang pengeluaran KWSP yang sesuai. Borang ini boleh didapati di cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman sesawang KWSP. Pengisian borang ini perlu dilakukan dengan teliti, memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan selaras dengan dokumen sokongan yang disertakan.
Tempoh pemprosesan permohonan pengeluaran secara manual biasanya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja, bergantung kepada jenis pengeluaran dan kelengkapan dokumen yang diserahkan. Apabila permohonan diluluskan, KWSP akan mengkreditkan jumlah yang layak dikeluarkan ke dalam akaun bank ahli yang telah didaftarkan.
Maklumat lengkap tentang pengeluaran KWSP boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.