rayuan

STR Fasa 1 tak diluluskan? Ini cara sebab-sebabnya & cara buat permohonan rayuan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR Fasa 1

STR merupakan sumbangan tunai daripada Kerajaan dan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang berkelayakan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi pembayaran STR Fasa 1, berikut adalah senarai kategori penerima dan kadarnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Akan tetapi, terdapat juga dikalangan mereka yang tidak diluluskan STR Fasa 1 mereka. Antara sebab-sebab STR tidak diluluskan adalah a permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Selain itu, hal itu turut boleh disebabkan oleh maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi melibatkan maklumat Nama / Pengenalan dan hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;

Rayuan STR

Oleh itu, kepada mereka yang ingin membuat rayuan – ia boleh dibuat mulai 29 Januari 2024. Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Cara memohon pula adalah dengan cara Log Masuk pada menu MySTR dan kemudiannya pilih menu Permohonan Rayuan.

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 1 telah pun mula dibuat secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…