Boleh jimat sampai beribu ringgit: Ini cara Kira Diskaun bila nak buat ‘settlement’ hutang kenderaan

Kenderaan merupakan salah satu keperluaan pada masa kini, khususnya kepada mereka yang memerlukannnya bagi tujuan pergi ke tempat kerja, menjalankan perniagaan atau sebagainya.

Pembelian kenderaan juga selalunya membabitkan pembiayaan bagi tempoh antara 3 hingga 9 tahun mengikut kemampuan atau pilihan peminjam.

Namun begitu, ia tidak menghalang mana-mana peminjam untuk membuat penyelesaian hutang (loan settlement) lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Malah, dengan kaedah berkenaan – peminjam boleh mendapat diskaun dari pihak bank sehingga beribu ringgit.

Oleh itu, berikut adalah maklumat bagi mereka yang bercadang menyelesaikan hutang kenderaan lebih awal dan cara mengira diskaun yang bakal diterima.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Mengira Diskaun

Berkenaan dengan kaedah mengira diskaun bagi penyelesaian hutang kenderaan, ia boleh dibuat secara atas talian melalui kalkulator yang ditetapkan.

Kaedahnya adalah seperti berikut:

  1. Langkah 1: Isi jumlah pinjaman kenderaan
  2. Langkah 2: Isi Kadar Faedah Rata Setahun
  3. Langkah 3: Tempoh pembiayaan
  4. Langkah 4: Bilangan bayaran ansuran bulanan yang telah dibayar ke pihak bank
  5. Langkah 5: Klik pada butang ‘KIRA’
  6. Langkah 6: Jumlah yang sudah dibayar; Jumlah bayaran penyelesaian & jumlah rebat (diskaun) akan dinyatakan.

 

Kalkulator ini boleh didapati melalui PORTAL INI atau boleh juga didapati di portal rasmi Hong Leong Bank – DI SINI.

Akan tetapi, nilai yang dinyatakan itu hanyalah sebagai anggaran sahaja dan tidak semestinya tepat seperti mana yang akan dikemukakan oleh pihak bank nanti.

Oleh itu, peminjam yang ingin membuat penyelesaian hutang awal perlulah menghubungi atau menghadiri bank terlibat bagi maklumat lanjut berkenaan jumlah penyelesaian dan diskaun yang akan diterima.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…
Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…