Pengeluaran KWSP

Bukan hanya i-Sinar & i-Citra: Ini cara membuat pengeluaran KWSP secara atas talian (online)

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akan tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai lagi perkara yang membolehkan para ahli membuat pengeluaran simpanan mereka. Antaranya adalah seperti: –

Beli dan Bina Rumah

Pihak KWSP membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membina atau membeli rumah. Pembinaan rumah boleh dengan pembelian tanah atau dibina di atas tanah yang dimiliki.

Manakala, membeli rumah pula merangkumi jenis rumah kediaman banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pembiayaan Pendidikan

Ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mengurang / Menyelesaikan Pinjaman Perumahan

Dalam usaha mempercepatkan pemilikan rumah, KWSP kini membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran bagi tujuan mengurang atau menyelesaika pinjaman perumahan.

Antara syarat utamanya adalah ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan dan permohonan dibuat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pengeluaran Usia 50 Tahun

Bagi ahli yang telah mencapai usia 50 tahun, mereka  boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 bagi digunakan sebagai persediaan persaraan. Bayaran kemudiannya akan dikredit ke dalam akaun bank ahli.

Menunaikan Haji

Untuk umat Islam pula, mereka boleh membuat pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji di Tanah Suci Mekah. Antara syaratnya adalah ahli berumur bawah 55 tahun, dipilih untuk melakukan ibadah haji oleh Tabung Haji, tidak pernah memohon pengeluaran haji sebelum itu dan simpanan di Tabung Haji tidak mencukupi.

Cara Membuat Pengeluaran

Bagi yang ingin membuat permohonan pengeluaran, ia kini boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja melalui i-Akaun.

Dalam urusan pertama kali atau tertentu, ahli juga mungkin perlu pergi ke cawangan-cawangan KWSP berdekatan bagi tujuan dokumentasi.

Untuk maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Dalam perjalanan hidup manusia, usia emas merupakan satu fasa yang tidak dapat dielakkan. Warga emas ialah golongan yang telah melalui…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…