E-Pengeluaran

E-Pengeluaran: Ini cara membuat pengeluaran simpanan KWSP secara online untuk semua pencarum

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran secara atas talian atas pelbagai faktor.

Berikut adalah perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran sebelum usia 55 tahun dan secara atas talian: –

Membeli Rumah

Bagi memudahkan para ahli memiliki rumah, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 ahli bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang ingin dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membina Rumah

Untuk yang ingin membina rumah pula, pengeluaran dari Akaun 2 juga dibenarkan dengan syarat-syarat utamanya – mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP juga membolehkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Menunaikan Haji

Untuk para ahli beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Faktor Kesihatan

Pihak KWSP turut membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

e-Pengeluaran KWSP

Kepada setiap ahli KWSP, mereka layak mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

str Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi…