Permohonan telah ditutup: Ini cara membuat permohonan rayuan Bantuan Kewangan BMT RM600

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah RISDA bagi tahun 2022. BMT pada asasnya melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa (RM300 setiap fasa).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Rayuan BMT

Untuk makluman, permohonan BMT dibuka mulai 5 Mei sehingga 15 September 2022. Manakala, bagi mereka yang permohonannya telah ditolak, rayuan BMT nampaknya telah dibuka mulai 16 September sehingga 31 Oktober 2022.

Untuk tujuan rayuan BMT, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem yang ditetapkan oleh RISDA.

Maklumat lengkap berkenaan BMT dan rayuannya boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…