permohonan

Cara membuat Permohonan Semula STR 2024 untuk semua kategori

Untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan insiatif. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Bantuan-bantuan ini dengan tujuan utama iaitu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat di kalangan B40 dan m40. Ia termasuklah melalui sebuah bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) serta sederhana (M40) yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Permohonan STR Tidak Diluluskan

Untuk permohonan STR, ia dibuka sepanjang tahun 2024. Kaedah adalah secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR. Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan Tidak Diluluskan

Terdapat pelbagai alasan mengapa permohonan STR tidak diluluskan. Antara punca-puncanya adalah:

  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;
  • Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa;
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa;
  • Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi;
  • Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

 

Akan tetapi, mereka masih boleh membuat permohonan semula (rayuan) di Portal Rasmi STR atau hadir sendiri ke Pejabat HASiL / PS / UTC. Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berdasarkan alasan permohonan ditolak seperti mana yang diminta oleh pihak sistem STR.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…