Untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan insiatif. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Bantuan-bantuan ini dengan tujuan utama iaitu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat di kalangan B40 dan m40. Ia termasuklah melalui sebuah bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) serta sederhana (M40) yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Permohonan STR Tidak Diluluskan
Untuk permohonan STR, ia dibuka sepanjang tahun 2024. Kaedah adalah secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR. Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Permohonan Tidak Diluluskan
Terdapat pelbagai alasan mengapa permohonan STR tidak diluluskan. Antara punca-puncanya adalah:
- Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
- Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
- Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
- Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;
- Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa;
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa;
- Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi;
- Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
- Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Akan tetapi, mereka masih boleh membuat permohonan semula (rayuan) di Portal Rasmi STR atau hadir sendiri ke Pejabat HASiL / PS / UTC. Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berdasarkan alasan permohonan ditolak seperti mana yang diminta oleh pihak sistem STR.
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.