Cara membuat semakan BMT Fasa 2 RM300 yang dibayar pada bulan ini (Disember 2021)

Bagi membantu pekebun kecil/penoreh getah berdepan musim tengkujuh, pihak kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021.

Bantuan ini secara asasnya melibatkan kadar kewangan sebanyak RM600 yang dibayar secara dua fasa pada bulan November dan Disember 2021. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

Semakan BMT 2021

Untuk makluman, permohonan BMT telah dibuka pada dari 15 September hingga 15 November 2021 lalu. Manakala, rayuan bagi permohonan yang gagal pula dibuka dari 16 November hingga 30 November 2021.

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, pembayaran BMT melibatkan dua fasa dan Fasa 1 sudah pun selesai dibayar pada bulan November lalu. Makanya, pembayaran BMT Fasa 2 berjumlah RM300 akan disalurkan pada bulan ini (Disember 2021).

Oleh itu, bagi mereka yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BMT – DI SINI.

Kaedah Pembayaran

Seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak RISDA, pembayaran BMT akan disalurkan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Akan tetapi, ditegaskan juga bawa nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuuan pembayaran bantuan ini.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BMT, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…