Cara membuat semakan status permohonan BKM dan tarikh-tarikh pembayarannya

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2022. BKM boleh dikatakan sebagai bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini juga diberikan kepada golongan B40 dan M40 berdasarkan tingkat pendapatan masing-masing. Berikut adalah penjelasannya:-

Kadar Bayaran BKM

Pembayaran BKM diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah:
    • RM1,000 – belum mempunyai anak
    • RM1,500 – sudah mempunyai 1-2 orang anak
    • RM2,000 – sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  • Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
    • RM400 – belum mempunyai anak
    • RM600 – mempunyai 1-2 orang anak
    • RM800 – mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  • Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM600
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM350

 

Cara Semakan Status BKM

Permohonan dan kemaskini BKM telah pun ditutupkan pada 31 Januari 2022 lalu. Manakala, semakan status BKM boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM.

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
  • Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’.
  • Status BKM akan dinyatakan

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dan tarikhnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Namun begitu, pembayaran BKM dijangka akan dilaksanakan pada:

  • Fasa 1 – Mac 2022
  • Fasa 2 – Jun 2022
  • Fasa 3 – September 2022
  • Fasa 4 – Disember 2022

 

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKM, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…